Penggunaan PlayStation Eye

PlayStation Eye digunakan dalam melakukan pengesanan pergerakan serta interaksi dengan pemain semasa bermain permainan video ataupun melakukan aktiviti sosial. Pada awalnya, aplikasi yang digunakan untuk PlayStation Eye memiliki fungsi dan teknik yang sama seperti EyeToy seperti pengesan pergerakan yang ringkas atau pengesan warna. Walau bagaimanapun, dengan pengenalan aksesori PlayStation Move dalam acara Electronic Entertainment Expo 2009[12][13], Sony mempromosikan beberapa teknologi lain yang terdapat dalam PlayStation Eye ini[14].

Antara teknologi yang disebutkan termasuklah Vision Library[15], yang berupaya melakukan analisis pengecaman wajah dan penjejak muka[13], dan PlayStation Voice Recognition (PSVR), pustaka berkaitan pengecaman suara yang akan menyokong sehingga 20 jenis bahasa[16]. Menurut Sony, teknologi pengecaman wajah dapat mengenalpasti bahagian pada wajah seperti mata, mulut, kening mata, hidung dan cermin mata; mampu membaca bentuk mulut, mengesan senyuman[14], mengenalpasti posisi dan arah wajah pemain serta mampu menganggar umur dan jantina daripada wajah pemain[12].

EyeCreate

Pengguna juga ditawarkan aplikasi EyeCreate secara percuma, iaitu aplikasi berkaitan memanipulasi media[17] yang membolehkan pengguna mendapatkan gambar, video dan klip suara dari cakera keras pada konsol PlayStation 3. EyeCreate memiliki ciri-ciri seperti mengambil gambar dalam pilihan yang berbeza, termasuklah gerak henti dan selang masa (Bahasa Inggeris: Time-lapse)[18][17]. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna menyunting media, menyimpan atau berkongsi media ke laman sosial.


Rujukan

WikiPedia: PlayStation Eye http://www.gamasutra.com/php-bin/news_index.php?st... http://www.gametrailers.com/player/23912.html?type... http://kotaku.com/5297265/sony-spills-more-ps3-mot... http://blog.newsweek.com/blogs/levelup/archive/200... http://www.pcgamer.com/how-to-build-your-own-ir-he... http://au.playstation.com/games_media/games/ps3/e/... http://au.playstation.com/ps3/hw/playstation3eye.j... http://www.jp.playstation.com/scej/title/eoj/ http://us.playstation.com/ps3/accessories/playstat... http://blog.us.playstation.com/2007/09/20/5-things...